Thursday, 1 December 2011

Bahaya Rotavirus

Bahaya Rotavirus

 

 

Dah lama x update.  Busy dgn kerja..maklumla skrg kn bulan appraisal? Mcm2 la bermain di fikiran..kui3! saja nk buat speku plak..

 

Today when I open my FB, I see lots of comments in regards to health conscious.  Yang mak2 sibuk la menepek gambo anak2 yg x sihat gitu gini..  Some of my friends have indulge my concerns towards things that happened towards them lately.  For those who just lost someone they love, my condolence wish to them.  How truly sad life has to be.  Somehow, this is the truth of life.  They definitely will stay strong I hope. Yang anak2 x sihat plak, hope the parents will stay strong for the children.  Nothing compares the love & courage of a parents towards child.  Itulah kuasa & kekuatan yang diberikan oleh Allah buat kita semua.

 

My entry today, kita nk diskusi pasal apa itu rotavirus, bagaimana mendapat jangkitan dan cara mencegah virus tersebut.  Ini sebab saya sangat curious & ingin tahu ape itu rotavirus.  Also sharing the knowledge with all readers.  Al maklumla memandangkan ramai yang post kat FB wall psl anak2 yang kene virus ni, terus membuatkan saya ingin tahu lebih lagi pasal virus ni.

 

 

Bayi berisiko tinggi dijangkiti ROTAVIRUS

Apa Rotavirus ni? Rotavirus ni ialah gejala cirit birit dan muntah yang teruk di kalangan kanak-kanak dan bayi. Rotavirus berada di mana-mana dan bayi menghadapi risiko jangkitan yang paling tinggi. Bayi yang dijangkiti mengalami demam, muntah-muntah dan cirit-birit antara 10 hingga 20 kali sehari.

Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Klinikal dan Hal Ehwal Perubatan GlaxosmithKline Singapura dan Malaysia, Dr. Teoh Yee Leong berkata, setiap tahun seramai 23,000 pesakit mendapatkan rawatan di hospital akibat jangkitan rotavirus dan lebih satu pertiga perlu dimasukan ke hospital.

Biasanya cirit-birit akibat rotavirus biasanya dialami selama 3 -9 hari, tetapi boleh berlarutan sehingga 3 minggu.  Rotavirus cepat berjangkit daripada seorang kanak-kanak kepada kanak-kanak lain.  Punca virus ni ialah najis yang mencemarkan air atau makanan dan sentuhan pada permukaan sesuatu objek seperti barang permainan.

Berapa lama virus ni boleh bertahan?  Rotavirus mampu bertahan berjam lamanya pada tangan dan beberapa hari di atas permukaan keras.  Virus ini juga cepat merebak walaupun mengamalkan tabiat kebersihan seperti mencuci tangan dan sebagainya.

Bagaimanapun gejala tersebut kini boleh dicegah dengan Rotarix, satu-satunya vaksin rotavirus secara oral dua dos.  Vaksin ini diberikan kepada bayi berusia bawah enam bulan. Dos pertama diberikan apabila bayi berusia seawal enam minggu, manakala dos kedua seharusnya diberi menjelang usia 24 minggu.  Vaksin yang diberikan kepada bayi ini meniru rotavirus menyebabkan badan menganggap ia adalah jangkitan yang sebenar.  Ini menyebabkan badan bertindak balas dengan menjadikan tubuh lebih kebal untuk melindunginya daripada jangkitan.  Berdasarkan kajian di Amerika Latin dan Finland, hampir semua bayi yang diberikan vaksin ini tidak mengalami sebarang kesan sampingan.

Jadi, jgn buat main2 dgn virus ni hokay? Ini bukan sebarang penyakit...Kalau baby kita ada tanda2 seperti cirit birit, perhatikan samada cirit birit die kerap atau tidak.  Kemudian disusuli dengan muntah2 dan badan juga panas demam.  Kalau ye, jgn berlengah lagi, segeralah bawak ke hospital memandangkan virus ini memang menular dengan sangat cepat.  Jangan kerana ibu bapa yang kurang prihatin, nyawa anak2 tergadai.  Menangis keluar air mata darah sekali pun xkan kembalikan nyawa si kecil kepada kita semula.  Beringatlah iye kawan2 semua?  Peringatan ni untuk saya juga.

 

Sebenarnya, kita sebagai ibu bapa pn boleh mengawal virus ni daripada sampai ke anak2 kita.  Cubalah kawal atau kurangkan aktiviti luar rumah.  Kadang2 kita x perasan kita treat anak2 kita yang bwh 5thn mcm org dewasa.  Bawak pegi shopping mall berjam2, main dkt playground tgh2 panas, parents yang kuat merayap ni...hati2 ya? Ingatlah yg anak2 kita tu baru 2-3tahun mengenal rupa dunia..baru melihat dunia..  Jangan nk samakan dengan kita yang dh tua bangka ni.  Daya ketahanan x sama.  Kadang2 saya simpati dengan bayi2 kecik yang mak bapak die bwk ke hulur ke hilir pegi jalan2, pegi kenduri...tanpa pedulikan keadaan anak tu..  anak2 mungkin x boleh / x pandai cakap klu die x selesa.  That’s why kita sendiri kena menyelami tubuh badan anak kita.  Klu dah bwk diorang renyah ke sana sini, bila anak sakit, sape susah...? awaaaak jugak kan?  Kesian kt anak2 tu..they don’t deserve to be exposed with those viruses..  We must take the blame if anything happens to our babies.

 

Samela cth klu kita pegi mane2 ade org selsema.  Tup2 bila kita balik rumah, kita dijangkiti selsema.  Hah! Ni salah si polan tula..x psl2 aku berjangkit dari dia...  cube klu kena kt anak kita?  Sama lah keadaannya kan? Bezanya budak2 yg sgt innocent ni xboleh dan x pandai lagi nk ekspresi.  So, paham2 la ye?  Kalau diorang ni pandai, silap2 mau diorang, “Mama, papa...xtaw ke kami ni kecik lagi? Kami x selesa la hujan, panas, sejuk ekon bagai...nanti  kami akan jatuh sakit..mama & papa x paham kea tau x tahu ye?” hambek...sendiri mau ingat...x gune kite blaja tinggi langit tapi bila kejadian mcm ni jadi pada kita, kita buntu & x menggunakan akal fikiran..yaa....peringatan sekali lagi untuk saya juga...

 

So, to all parents out there... Be very wise...Think before you decide.  It’s our next generation that matters!  All the best to all!!!! :D



No comments:

Post a Comment