Wednesday 9 November 2011

Hari-hari Yang Diharamkan Berpuasa

Memandangkan minggu ni ialah minggu saya berniat utk menggantikan puase (36 hari), jadi saya selitkan entry ni utk pengetahuan semua reader..  Eh, kenape byk sgt 36 hari??? Haa...jawapannye,, sebab saya menggantikan puasa saya sewaktu mengandungkan twins tahun lps..  I was 32 weeks during the fasting month and delivered on 36w 1d.  It’s normal for twin/multiple pregnancy.  So, sesiape yang rase pelik tu, jgn la ingat saya ni bersalin premie hokey? :D

Anyway, I do had in mind to blog my journey towards twin pregnancy.  Tapi x dpt seru lagi.  Agak2 ramai x yg berminat nk tahu? Apa kate survey??? Sila la beri komen & idea ye?

Sementara tu, mari kita menambahkan ilmu ttg Hari-hari yang diharamkan berpuasa: -

Hari-hari yang diharamkan berpuasa adalah:

1.        Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :
" Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."

2.        Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :
" Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "

3.        Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :
" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "

4.        Hari Haid dan Nifas.

5.        Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban kerana berdasarkan hadith yang bermaksud :

" Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa " (Riwayat Ahmad)

Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadith ini kerana ia da'if menurut pendapat Imam Ahmad.

Sumber : Fiqh Islami wa Adilatuh - Dr. Wahbah Zuhaili

6.        Puasa bagi orang yang bimbangkan dirinya binasa kerana puasa tersebut.

 


This e-mail message has been scanned for Viruses and Content and cleared by MailMarshal

No comments:

Post a Comment