Thursday 24 November 2011

Peningkatan Kelahiran Anak Kembar

Peningkatan Kelahiran Anak Kembar




Saya hairan la..Apsal la ramai sangat orang melahirkan anak kembar dua tiga menjak ni ye? Adakah disebabkan faktor climate? Weather? Food? Environment? Apekah???

Disebabkan hari ni saya agak rajin untuk buat research dgn cik google, this is my findings. Selamat membaca!

Mengikut kajian, ada beberapa faktor utama yang menyebabkan kelahiran anak kembar ni. Antaranya:

1) Peningkatan umur wanita untuk mendapatkan zuriat terutamanya anak yang pertama. Wanita berusia 30 tahun atau lebih akan cenderung untuk melahirkan kembar secara semulajadi.

2) Peningkatan teknologi perubatan moden dalam rawatan sakit puan contohnya teknologi IVF.

3) Mempunyai sejarah kelahiran kembar atau keturunan.

4) Sesetengah kaum dalam sesuatu kelompok sememangnya berpotensi dengan kewujudan kelahiran kembar berbanding kaum-kaum yang lain.

5) Pengambilan produk tenusu yang banyak.

Faktor yang pertama & kedua tu memang saya akui. Selain itu, kalau wanita tu melahirkan ramai anak sebelum usianya 30-an, kemudian pada usia 30-an beliau sememangnya berpotensi untuk melahirkan anak kembar. Ini kajian saya sendiri ok..hehhe..

Pendapat peribadi saya pula, saya rasa zaman skrg ni byk sgt supplement kesihatan yang sedikit sebanyak menjurus kea rah meningkatkan produktiviti atau tahap kesuburan wanita...That’s why kadang2 xde keturunan atau sejarah keluarga kembar pn boleh dpt kembar.. Betul ke?? Apa kata korang plak? Sila lah komen ye?


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Damansara Perdana

No comments:

Post a Comment